Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan kad kepada peserta Kompetensi Keselamatan Pekerjaan MITRA pada program Jelajah Madani bersama menteri sumber manusia di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves, Gombak pada 5 November 2023. Hadir sama Menteri Sumber Manusia V Sivakumar (kanan). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Belanjawan Selangor 2024: MB bayang tambah peruntukan, perkasa pendidikan, agama Islam

GOMBAK, 5 NOV: Dato’ Menteri Besar memberi bayangan akan menambah peruntukan khas bagi memperkasa sektor pendidikan dan agama Islam negeri ini dalam Belanjawan Selangor 2024.

Dato’ Seri Amirudin Shari juga akan memperinci peruntukan bagi mengembangkan beberapa industri lain dalam belanjawan yang dijadual dibentang 10 November.

“Banyak (berita baik bajet kali ini)…sabar tunggu bajet nanti saya akan jelaskan. (Cuma) kita ada beberapa fokus untuk mengembangkan industri tertentu.

“Kita juga bersedia menambah insentif untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dan pendidikan. Ada juga berkaitan pengembangan agama Islam. Kita akan bangkitkan dua tiga perkara,” katanya.

Penerima bakul makanan beratur untuk mendapatkan bantuan itu pada program Jelajah Madani bersama menteri sumber manusia di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves, Gombak pada 5 November 2023. Hadir sama Menteri Sumber Manusia V Sivakumar (tiga, kanan). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Jelajah Madani bersama Menteri Sumber Manusia V Sivakumar di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves di sini hari ini.

Pada 18 Oktober, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Lau Weng San memberitahu pembentangan Belanjawan Selangor 2024 diadakan pada 10 November serentak dengan sidang DNS yang berlangsung selama dua minggu.

Bagi jangkaan kos perbelanjaan tahunan 2023, sejumlah RM2.45 bilion diluluskan melibatkan perbelanjaan pengurusan berjumlah RM1.25 bilion manakala pembangunan pula sebanyak RM1.2 bilion.


Pengarang :