Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penerima baucar selepas majlis perasmian Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Penyerahan E-Baucar Buku Kepada Mahasiswa Selangor 2023 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 6 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

E-baucar beri manfaat pelajar beli buku, galak budaya membaca

HULU LANGAT, 6 NOV: Inisiatif pemberian e-baucar buku mahasiswa oleh Kerajaan Negeri membantu meringankan perbelanjaan pelajar terutama bagi pembelian buku akademik.

Penuntut jurusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) K Yuveraaj Pillai, 21, berkata baucar itu akan dimanfaatkan untuk pembelian buku rujukan bagi kegunaan pembelajaran.

“Jurusan undang-undang menggunakan pelbagai jenis buku dan harganya agak mahal, jadi sudah pasti pemberian baucar ini sangat membantu saya.


K Yuveraaj Pillai, 21, ditemui selepas majlis perasmian Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Penyerahan E-Baucar Buku Kepada Mahasiswa Selangor 2023 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 6 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Sebelum ini pernah terima daripada Kerajaan Persekutuan juga tetapi insiatif daripada Kerajaan Negeri ini amat saya hargai dan berharap ia diteruskan untuk tahun seterusnya,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Tekad Pendidikan Kita Selangor: Penyerahan e-Baucar Buku Mahasiswa 2023 di Persada Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Sementara itu, penuntut jurusan kejuruteraan perisian Universiti Selangor (Unisel) Fatin Hawani Mohd Fadzil, 21, berkata inisiatif Kerajaan Negeri menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.

“Penggunaan platform digital bagi pemberian baucar buku ini juga akan merancakkan usaha pendigitalan dan menggalakkan penggunaan e-dompet dalam dunia digital kini,” katanya.

Fatin Hawani Mohd Fadzil, 21, ditemui pada majlis perasmian Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Penyerahan E-Baucar Buku Kepada Mahasiswa Selangor 2023 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 6 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

E-baucar buku mahasiswa Kita Selangor dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini yang bakal memanfaatkan 1,000 mahasiswa dengan peruntukan keseluruhan RM200,000.

Menerusinya, 1,000 mahasiswa anak Selangor yang menuntut di Insitutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menerima e-baucar buku Kita Selangor bernilai RM200 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis perasmian Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Penyerahan E-Baucar Buku Kepada Mahasiswa Selangor 2023 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 6 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :