Ketua Pegawai Kewangan KSSB Mohd Bazli Kamin (dua, kanan) menyampaikan cek cura bantuan RM11,000 kepada Pengurus Pusat Bertauliah Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) Norzilawati Md Said (tengah) pada 7 November 2023. Foto Facebook KSSB
AGENSISELANGOR

Kumpulan Semesta sumbang RM11,000 bantu pelajar STDC kurang mampu

SHAH ALAM, 9 NOV: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menyumbang RM11,000 bagi membantu 11 penuntut Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) yang kurang berkemampuan.

Eksekutif Kanan Komunikasi Korporatnya Mohd Mirza Kamaruddin berkata bantuan kewangan RM1,000 setiap seorang yang disampaikan kelmarin bagi meringankan beban pelajar terbabit.

“Ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) KSSB sebagai tanda prihatin terhadap kesusahan hidup mereka yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan elektrik.

“Diharap melalui pemberian sumbangan ini dapat dimanfaatkan mereka dengan sebaiknya terutama bagi membiayai kos pengajian di STDC,” katanya ketika dihubungi.

Serahan sumbangan dibuat Ketua Pegawai Kewangan KSSB Mohd Bazli Kamin serta Ketua Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbirannya Ahmad Hakimi Abdul Hamid di STDC, Kuala Selangor.

 


Pengarang :