Mayat seorang warga Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah rumah di Khan Younis dimasukkan ke dalam ambulans, di selatan Semenanjung Gaza pada 1 November 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Israel mengebom kawasan sekitar hospital di Gaza

GAZA, 9 NOV: Pesawat Israel mengebom persekitaran Hospital Al-Shifa dan Hospital Kanak-kanak Al-Nasr di Semenanjung Gaza pada awal Khamis.

Hospital Al-Shifa yang menempatkan ribuan pesakit dan penduduk yang mencari perlindungan di situ, menjadi sasaran peluru berpandu yang dilepaskan berselang-seli oleh pesawat Israel, lapor Agensi Anadolu memetik laporan Agensi Berita Palestin, WAFA.

Penggunaan serentak suar pencahayaan semasa serangan menyebabkan kawasan persekitaran hospital mengalami kemusnahan, katanya.

Serangan udara berhampiran Hospital Kanak-kanak Al-Nasr di barat bandar itu, mengorbankan tiga rakyat Palestin dan berpuluh-puluh lagi cedera.

– BERNAMA-ANADOLU AGENCY


Pengarang :