Penyanyi Datuk Hattan menyampaikan persembahan pada Konsert Ceritera Rakyat sempena Penganjuran Festival Cerita Rakyat Belia Asia Pasifik Pertama 2023 di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 24 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pengecualian duti hiburan bantu artis tempatan, tingkat aktiviti pelancongan

SHAH ALAM, 11 NOV: Kerajaan Selangor bersetuju meneruskan dasar pengecualian duti hiburan tahun depan bagi membantu artis tempatan dan merancakkan industri pelancongan.

Dato’ Menteri Besar berkata keputusan itu selaras Belanjawan Persekutuan 2024 dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengiktiraf langkah berkenaan.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan dasar berkenaan meliputi pengecualian penuh aktiviti pertunjukan pentas bertiket bagi artis tempatan yang dilaksana bermula 2022.

“Kedua, meneruskan pengurangan kadar Duti Hiburan daripada 25 peratus kepada 10 peratus aktiviti pertunjukan pentas bertiket bagi artis antarabangsa.

“Ketiga, menetapkan kadar Duti Hiburan lapan peratus aktiviti pertunjukan pentas bertiket melibatkan campuran artis dari negara antarabangsa serta tempatan,” katanya semalam.

Amirudin menambah pengecualian penuh Duti Hiburan turut melibatkan aktiviti persembahan muzik (live music) dan persembahan pentas (live band) tidak bertiket.

“Ketika ini, Kerajaan Negeri tidak mengenakan duti hiburan aktiviti pemuzik jalanan tidak bertiket bagi memberi peluang dan menggalakkan penggiat seni terus mencungkil bakat dan potensi kreatif dalam industri ini.


Pengarang :