Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) bersama pemenang Kejohanan Golf Selangor Masters 2023 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 11 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Golf Selangor Master medan pemain tempatan serlah bakat, uji prestasi diri

PETALING JAYA, 11 NOV: Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2023 yang melabuhkan tirai hari ini merupakan inisiatif negeri dalam menyerlahkan lagi bakat pemain tempatan untuk diangkat ke peringkat lebih tinggi.

Dato’ Menteri Besar berkata kejohanan yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor, di sini menjadi medan untuk mereka beraksi bersama pemain profesional lain sekali gus menguji prestasi diri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2023 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 11 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ini sebahagian sumbangan kita kepada sukan golf negara. Ini jadi peluang pemain untuk dapatkan kutipan masa dan rasai cabaran kerana ini penting untuk kualiti mereka.

“Tanpa kejohanan sebenar, pemain yang berkualiti ketika sesi latihan tidak dapat merasai pengalaman sebenar. Jadi ini bagaikan platform untuk uji kekuatan mereka,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas sesi penyampaian hadiah hari ini.

Pemain Chinese Taipei Ho Yu-Cheng menunjukkan piala selepas menjadi juara Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2023 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 11 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Kejohanan anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyaksikan pemain Chinese Taipei, Ho Yu-Cheng membawa pulang wang tunai AS$30,625 (RM143,707) selepas menjuarai acara keseluruhan.

Pemain golf profesional negara, Ervin Chang dipilih sebagai pemain terbaik Malaysia sekali gus menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Sepanjang kejohanan bermula Rabu lalu, seramai 144 peserta termasuk golongan pemain profesional bersaing bagi memenangi hadiah keseluruhan bernilai AS$175,000 (RM821,187)

Kejohanan melibatkan gabungan Jelajah Pembangunan Asia (ADT) dan Jelajah Toyata mendapat tajaan utama daripada PKNS bernilai RM2 juta, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI (RM500,000), Permodalan Negeri Selangor Berhad (RM150,000), Selgate (pasukan perubatan) selain Kerajaan Negeri menyumbang RM100,000.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (enam kanan) bersama kesemua penaja Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2023 di Kelab Golf Seri Selangor pada 7 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :