Logo Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
PBTSELANGOR

MPKL laksana parkir dua jam di dua lokasi mulai Januari 2024

SHAH ALAM, 14 NOV: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menguatkuasakan penggunaan petak letak kereta dua jam di dua lokasi bawah pentadbirannya mulai 1 Januari tahun depan.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan pelaksanaan di hadapan Maybank Jalan Sultan Abdul Samad dan Jalan Cemerlang 2 bagi mengatasi masalah parkir dan kesesakan di kawasan tersebut.

“Had masa letak kereta dua jam sahaja dan kadar bayaran adalah 50 sen bagi 30 minit,” katanya.

Untuk rekod, antara pihak berkuasa tempatan yang melaksana zon parkir dua jam Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Kajang.


Pengarang :