Orang ramai memilih pelbagai barangan pada Jualan Ehsan Rahmah DUN Kota Kemuning di Dewan MBSA Pulai pada 16 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan Ehsan Rahmah di Sentosa, Sabak dan Kinrara esok

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 15 NOV: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke tiga lokasi esok bermula 10 pagi.

Jualan diadakan di Jalan Seruling 57, Taman Klang Jaya (Sentosa), halaman Surau Hidayatul Musolli, Jalan Abu Naim, Kampung Batu 2 Tebuk Pulai (Sabak) dan Dewan Serbaguna MBSJ, Laman Puteri 3 (Kinrara).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 3,000 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih pada setiap hari kecuali Jumaat, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Pasar raya itu dilantik sebagai rakan strategik PKPS bagi pelaksanaan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di 55 premis Segi Fresh.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :