PBTSELANGOR

Memanah, klinik silat antara program hari tanpa kenderaan Ahad ini

SHAH ALAM, 16 NOV: Orang ramai dipelawa memeriahkan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan sempena bulan Kitar Semula Ahad ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi kenyataan memaklumkan program dari jam 7 hingga 11 pagi itu diadakan di Dataran Kemerdekaan MBSA, Seksyen 14 di sini.

“Program ini merupakan inisiatif MBSA untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat khususnya warga Shah Alam.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya pertandingan peragaan fesyen kitar semula, ‘Shah Alam Car Free Day Fun Ride, Fun Walk’ dan kayuhan santai,” katanya.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti senamrobik, mewarna, aktiviti memanah, Klinik Silat, ‘Parrot Brothers’, ‘Wall Climbing’ dan ‘Inflatable Playground’.

Turut diadakan perpustakaan bergerak, aktiviti kraf Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA dan Pejabat Bergerak Shah Alam on Wheels.


Pengarang :