Pelajar teknologi automotif Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) memeriksa keseluruhan kereta yang ditenggelami air banjir termasuk pendawaian secara teliti. FOTO FIKRI YUSOF/SELANGORKIN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor kembang bidang TVET, dekati pelajar sekolah menengah

SHAH ALAM, 16 NOV: Kerajaan Negeri dalam usaha mengembangkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata antara langkah dilakukan adalah mendekati dan mengasuh pelajar di peringkat sekolah menengah supaya mereka berminat dengan bidang itu.

“Kalau tidak dapat tangkap dan asuh daripada sekolah menengah, kita tidak akan dapat pelajar berkualiti.

“Dalam penggal ini antara tawaran kemukakan ialah untuk masuk ke sekolah menengah dan asuh minat pelajar serta ibu bapa supaya menukar paradigma TVET bukan peluang kedua tetapi pilihan pertama yang janjikan peluang pekerjaan tinggi,” katanya.

Menjawab soalan dalam Dewan Negeri Selangor, Amirudin berkata Kerajaan Negeri juga berjaya meningkatkan ‘star’ Universiti Selangor (Unisel) yang menrun ketika pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah, Unisel berjaya pulih kepada taraf sebelum pandemik berdasarkan laporan daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

“Kita telah meningkatkan kualiti jaringan keterhubungan internet ketika pandemik apabila dapat utuskan pengajian atas talian tanpa ada gangguan.

“Ketika pandemik juga, kita mampu bertahan… tengok trendnya universiti swasta pada ketika itu termasuk di beberapa negeri mengalami kekurangan pelajar serius namun kita dapat daftar hampir 600 dari kadar luar pandemik sekitar 1,000 hingga 1,500,” katanya.

 


Pengarang :