AGENSISELANGOR

ANIS anjur bengkel bantu kanak-kanak mahir baca, tulis, kira

SHAH ALAM, 16 NOV: Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) akan menganjurkan Bengkel Kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira) pada 25 November ini.

Program bawah Didik ANIS dengan kerjasama Kiddo’s Play Lab Rehabilitation Centre (Kiddo’s Play Lab) diadakan di pusat latihan kanak-kanak itu di Kajang.

“Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan ilmu berkaitan pendekatan kemahiran membaca, menulis dan mengira khusus untuk anak-anak istimewa ini,” katanya menerusi Facebook.

ANIS menampilkan penceramah berpengalaman Sheril Azreen Mohd Rashid yang akan berkongsi tiga kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh anak-anak di alam persekolahan.

Mereka yang berminat boleh berdaftar menerusi kod QR yang tertera di poster dan bayaran penyertaan serendah RM30 (akan dipulangkan semula semasa sesi pendaftaran).


Pengarang :