Orang ramai berbelanja pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) di pasar raya Segi Fresh Teluk Panglima Garang pada 30 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah barangan asas di tiga cawangan Segi Fresh Sabtu ini

SHAH ALAM, 16 NOV: Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan pelbagai barangan asas pada harga murah akan berlangsung di tiga lagi stor pasaraya Segi Fresh Sabtu ini.

Menurut Facebook Segi Fresh, cawangan berkenaan adalah Saujana Utama, Kuala Selangor dan Kajang dengan aneka keperluan berkualiti.

“Bersama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, kami bekerjasama dalam misi memberikan manfaat kepada yang memerlukan terutama golongan berpendapatan rendah ekoran kenaikan kos sara hidup.

“Dapatkan barangan keperluan asas yang murah dan berkualiti di Segi Fresh,” menurut pasar raya itu.

Produk ditawarkan antaranya ayam mentah RM6.99 sekilogram, daging kiub (RM10/pek), siakap (RM7 seekor), telur gred D (RM10 sepapan), tepung gandum (RM2/pek) dan minyak masak 5kg (RM25)

Kerajaan Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat sehingga kini.


Pengarang :