EXCO Pembangunan Wanitan dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari menjawab pertanyaan wakil rakyat ketika sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 17 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor laksana program rintis selaras syarat operasi taska antara PBT, kementerian

SHAH ALAM, 17 NOV: Kerajaan Negeri sedia memulakan program rintis bagi menggerakkan usaha menyeragamkan perundangan berkaitan operasi taska.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata langkah itu bertujuan memudahkan urusan permohonan serta menggalakkan pendaftaran pengusaha taska terutama yang beroperasi di rumah.

“Isu pendaftaran taska ini perlu ditangani dengan teliti kerana ketika ini syarat pendaftaran antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kementerian adalah tidak sekata.

“Ia melibatkan penguatkuasaan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) 1984 [Akta 308] serta Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 serta Undang-undang Kecil di peringkat PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan Selangor 2024) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Menurut Anfaal, Kerajaan Negeri mengadakan dua sesi libat urus pada 6 Mac dan 2 Mei lalu bersama semua pihak terlibat bagi membincangkan isu dan cara penyelesaian yang wajar.

Mengulas lanjut, wakil rakyat Taman Templer itu berkata Dasar Ekonomi Penjagaan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penjagaan kanak-kanak dijangka dilancarkan pada suku kedua tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab pertanyaan wakil rakyat ketika sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 17 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :