Sebahagian pegamal media berkumpul sebagai tanda solidariti kepada wartawan dan jurufoto yang terkorban di Gaza sempena Himpunan #SavePress4Gaza Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 18 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pengamal media bersolidariti, tentang kekejaman Israel di Gaza

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Lebih 100 pengamal media berkumpul di Dataran Merdeka di sini hari ini sebagai tanda solidariti kepada wartawan dan jurufoto yang terkorban di Gaza.

Wakil penganjur Sairien Nafis berkata Himpunan #SavePress4Gaza juga sebagai suara kepada kumpulan media seluruh dunia untuk bangkit menentang kekejaman Zionis kepada penduduk di sana.

“Walaupun perhimpunan dirancang dalam masa singkat namun kita dapat mengumpul sokongan kira-kira 26 persatuan media. Kita bukan mahu angka yan tinggi sebaliknya semangat menentang kekejaman.

Wakil penganjur Sairien Nafis bercakap kepada media ketika bersolidariti kepada wartawan dan jurufoto yang terkorban di Gaza sempena Himpunan #SavePress4Gaza Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 18 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kemungkinan juga perhimpunan akan dianjur sekali lagi selepas kita turut menerima sokongan beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang mahu sertai.

“Perhimpunan ini turut mendesak media barat supaya menyampaikan laporan dan berita yang sahih mengenai penindasan rejim Israel kepada penduduk Gaza,” katanya.

Pegamal media menghimpun kamera, kad media dan plakad sebagai tanda solidariti kepada wartawan dan jurufoto yang terkorban di Gaza sempena Himpunan #SavePress4Gaza Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 18 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Antara persatuan yang menyertai ialah National Union Journalist, Gerakan Media Merdeka, Pertubuhan Wartawan Jenayah dan Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan Media Selangor.

Peserta turut memegang poster memaparkan wajah wartawan dan jurufoto terkorban antaranya Roshdi Sarraj, Duaa Sharaf, Ahmed Al-Qara, Salam Mema, Assad Shamlakh dan Hisham Alnwajha.

Setakat hari ke-43 serangan sejak awal Oktober lalu mengorbankan lebih 12,000 rakyat Palestin dengan kebanyakan wanita serta kanak-kanak selain 30,000 cedera.


Pengarang :