Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyertai sesi Dialog bersama pemimpin sempena mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berlangsung di Moscone Centre, San Francisco pada 16 November 2023. Foto SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri
AGENDANASIONAL

Malaysia raih pelaburan RM63.02 bilion di Amerika Syarikat

SAN FRANCISCO, 17 NOV: Malaysia telah meraih pelaburan sebanyak RM63.02 bilion bagi cadangan pelaburan di Amerika Syarikat (AS) terutamanya daripada syarikat gergasi teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Daripada jumlah itu, pelaburan sebanyak RM8.33 bilion adalah daripada misi perdagangan dan pelaburan ke AS yang dianjurkan sebelum bermulanya mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), manakala pelaburan selebihnya adalah daripada mesyuarat satu dengan satu yang diadakan oleh Anwar di sini.

Pelaburan bagi misi perdagangan ini adalah daripada Abbott Laboratories, Mondelez International, Amsted Rail, Hematogenix, PerkinElmer, Ford Motor Company, Boeing, Amazon Web Services, Enovix dan Lam Research.

“(Pelaburan) selebihnya telah diraih daripada pertemuan berasingan dengan gergasi teknologi seperti Google, Enovix Cooperation, Microsoft, TikTok dan TPG,” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatannya ke AS hari ini.

— BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat bersama Google di San Francisco, Amerika Syarikat pada 15 November 2023. Foto
SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

Pengarang :