Pasukan Bomba daripada BBP Pasir Puteh menjalankan kerja-kerja pemindahan mangsa banjir yang melibatkan 7 keluarga di sekitar Kampung Tok Kundor, Pasir Puteh, Kelantan. Kesemua mangsa seramai 15 orang selamat dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Wakaf Raja. Foto facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
AGENDANASIONAL

Banjir mula landa Kelantan, dua PPS dibuka di Pasir Puteh

KOTA BHARU, 21 NOV: Jajahan Pasir Puteh menjadi lokasi pertama dilanda banjir di Kelantan akibat monsun timur laut apabila dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 71 mangsa sedang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu dan SK Wakaf Raja di jajahan itu.

SK Dalam Rhu menempatkan 42 mangsa daripada 10 keluarga.

“Sebanyak 29 mangsa daripada tujuh keluarga pula berada di PPS SK Wakaf Raja,” menurut portal berkenaan.

– BERNAMA


Pengarang :