Orang ramai mengambil mengambil baucar Jom Shopping sempena Aidilfitri di Pusat Khidmat Rakyat DUN Permatang pada 1 April 2023. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin
EXCOSELANGOR

Cadangan perluas baucar Jom Shopping untuk Krismas dibawa dalam MMKN

SHAH ALAM, 23 NOV: Cadangan untuk memperluas agihan baucar Jom Shopping perayaan bagi sambutan Krismas akan dibawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk pertimbangan.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berkata baucar tersebut hanya diberikan untuk tiga perayaan utama setakat ini iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

Beliau menjelaskan pihaknya juga bercadang membawa usul untuk mempertimbang jumlah baucar diselaras dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) iaitu RM150 supaya lebih ramai menerima manfaat.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu menjawab soalan ketika Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 14 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Kita akan kemukakan ke MMKN untuk dapatkan keputusan. Namun, buat masa ini pemberian RM200 kepada penerima adalah keprihatinan Kerajaan Negeri berikutan kenaikan harga barang,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan wakil rakyat Bandar Baru Klang Dr Quah Perng Fei berhubung menambah pemberian baucar Jom Shopping perayaan dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Dalam pembentangan belanjawan lalu, Dato’ Menteri Besar mengumumkan program bantuan baucar Jom Shopping perayaan diteruskan tahun depan dengan dana RM16.48 juta.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan baucar belian barangan keperluan bernilai RM200 disasar kepada 82,400 keluarga kurang berkemampuan dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.


Pengarang :