Air keruh di kawassan tadahan Sg. Batang Kali Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor
AGENDANASIONAL

LRA Batang Kali henti tugas sementara, pengguna tidak terjejas

SHAH ALAM, 26 NOV: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan aliran kekeruhan tinggi dan menghenti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Batang Kali tengah malam tadi.

Agensi itu memaklumkan, langkah kawalan itu bagaimanapun tidak memberi kesan kepada pengguna berkaitan pembekalan air terawat.

“Lewat petang sehingga tengah malam semalam, kawasan tadahan Sungai Batang Kali telah menerima hujan lebat di kawasan hulu melibatkan kawasan hutan simpan Batang Kali.

Bacaan tahap kekeruhan di Sg. Batang Kali. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor

“Situasi hujan berkenaan turut mengakibatkan aliran kekeruhan yang tinggi di Sungai Batang Kali dan sekitar jam 12 pagi tadi ianya telah meningkat ke tahap melebihi 2000 NTU (tingkat kekeruhan air),” katanya menerusi Facebook hari ini.

LUAS menambah, hasil pemantauan Pasukan Skuad Pantas sehingga jam 8 pagi tadi mengesahkan punca kekeruhan adalah akibat kadar hujan yang tinggi di hulu Sungai Batang Kali.

Jelas agensi itu, pasukan berkenaan juga tidak menemui permasalahan atau potensi lain seperti tanah runtuh dan limpahan air dari tapak pembangunan.

“LUAS sentiasa bersiap sedia bagi sebarang tindakan mitigasi segera dan berada di tapak 24 jam melaksanakan pemantauan statik dan rondaan di kawasan sensitif dan dikenal pasti,” katanya.


Pengarang :