Orang ramai membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan PKNS, Shah Alam pada 3 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Permit bazar Ramadan, MBSA buka permohonan mulai 1 Disember

SHAH ALAM, 27 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka permohonan permit permohonan bazar Ramadan bagi 1,337 petak perniagaan di 26 lokasi bermula 1 Disember ini.

MBSA menerusi Facebook memaklumkan peniaga yang berminat dan syarat lanjut boleh disemak dan dipohon secara dalam talian menerusi http://epenjaja.mbsa.gov.my.

“Permohonan dalam talian dibuka selama 30 hari sehingga 30 Disember dan akan diproses bermula 1 Januari 2024 dalam tempoh 14 hari.

“Proses pembayaran permit dibuka bermula 15 Januari sehingga 28 Januari 2024, manakala penyerahan kit dan permit akan diadakan pada 20 Februari di Pusat Konvensyen MBSA,” katanya.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-5510 5133 sambungan 1762/ 1486/ 1699/ 1317/1366.


Pengarang :