Polis mengingatkan masyarakat untuk berwaspada ketika membuat pembelian melalui platform e-dagang dengan memastikan ia mempunyai ciri keselamatan dan sentiasa menyemak komen daripada pengguna lain. Foto BERNAMA
ADNSELANGOR

Pejabat DUN Seri Setia nafi minta maklumat peribadi, penduduk dinasihat waspada

SHAH ALAM, 27 NOV: Penduduk DUN Seri Setia terutama di Taman Dato Hormat dan Desa Mentari diingatkan supaya berwaspada dengan pihak yang meminta maklumat peribadi.

Ahli Dewan Negerinya Dr Fahmi Ngah berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk mendapatkan maklumat peribadi penduduk di kawasan terbabit.

“Saya ingin mengingatkan penduduk agar berwaspada, berhati-hati dan tidak melayan permintaan mana-mana pihak yang memohon untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

“Ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan alasan bahawa ini adalah arahan daripada pejabat Pusat Khidmat DUN Seri Setia,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kenyataan sama, EXCO Kerajaan Negeri itu menegaskan laporan polis akan dibuat sekiranya perkara itu berterusan.

Pengundi Seri Setia yang mahu bertanya lanjut atau menyemak status permohonan bantuan Kerajaan Selangor boleh merujuk terus ke pusat khidmat rakyat Seri Setia.


Pengarang :