Orang ramai berurusan di kaunter perkhidmatan Lembaga Zakat Selangor di Shah Alam pada 7 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

LZS lancar kempen kongsi rezeki, bantu kehidupan asnaf

SHAH ALAM, 27 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan kempen Kongsi Rezeki Dengan Zakat bagi menggalakkan umat Islam menunaikan kewajipan itu sekali gus membantu menambah baik kehidupan golongan asnaf.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata kempen bertemakan ‘Sedikit Bagi Anda, Segalanya Buat Mereka’ bermula hari ini hingga 31 Disember menyediakan pembayaran secara dalam talian bagi memudahkan pembayar zakat.

“Sebanyak 18 cawangan LZS akan beroperasi tujuh hari seminggu sepanjang Disember ini bagi menggalakkan masyarakat segera menunaikan kewajipan berzakat.

Pembayaran zakat secara dalam talian turut disediakan antaranya menerusi aplikasi ZakatSelangor, EZakatPay, perbankan internet, aplikasi e-dompet, portal MYEG dan pos online,” kata Mohd Sabirin Mohd Sarbini selepas pelancaran kempen di Ibu Pejabat LZS, Seksyen 13 di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Sabirin Mohd Sarbini melancarkan Kempen Kongsi Rezeki Dengan Zakat 2023 di Ibu Pejabat LZS, Seksyen 13 pada 27 November 2023. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI

Beliau berkata merancakkan usaha tersebut, pihaknya mengajak umat Islam menyertai kempen kongsi rezeki dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM60,000.

Lima kempen tersebut adalah:

  • Zakat Online On X On khusus kepada pengeluar zakat yang membuat bayaran zakat menerusi ezakatpay di fpx.zakatselangor.com.my
  • Kempen Auto Kan Senang terbuka kepada individu, peniaga dan syarikat yang mula mendaftar pembayaran zakat secara bulanan menerusi platform Direct Debit
  • Kempen Auto Debit khusus kepada pendeposit dan pelabur di Maybank Islamic Berhad
  • Kempen Kongsi Rezeki Video Challenge terbuka kepada semua masyarakat untuk berkongsi kreativiti membuat video pendek mengajak orang awam menunaikan tanggungjawab berzakat di LZS
  • Kempen Early Bird di 18 cawangan LZS bermula 1 – 7 Disember dan  berpeluang menerima cenderahati eksklusif khusus kepada 10 pengeluar zakat terawal

Pengarang :