EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari melawat pameran pada Konvensyen Warga Emas sempena sambutan Hari Warga Emas 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 27 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Pelan lima tahun negeri tekankan kepentingan, kebajikan warga emas

SHAH ALAM, 27 NOV: Isu kepentingan warga emas terutama aspek kebajikan dan ekonomi penjagaan terangkum dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang dibentang Julai tahun lalu.

EXCO kebajikan masyarakat berkata pelan itu termasuk menubuhkan jawatankuasa pembangunan warga emas peringkat daerah dan negeri, perkhidmatan kaunselor dan khidmat bantuan di rumah.

Anfaal Saari menjelaskan rancangan jangka pendek dan panjang itu bagi menjamin kesejahteraan golongan berkenaan, yang juga paling ramai di Selangor berbanding negeri lain.

“Menjelang tahun depan, kita akan tumpu usaha meningkatkan latihan dan bimbingan serta sektor ekonomi penjagaan,” katanya merasmikan Konvenshen Warga Emas di sini hari ini.

RS-1 yang menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan RM212.44 bilion dengan pelaksanaan 262 projek, kata Dato’ Menteri Besar.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.

 

 


Pengarang :