Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Program Jejak Kemiskinan di Masjid Bandar Tun Hussain Onn, Cheras pada 19 November 2023. Foto Facebook LZS
PBTSELANGOR

Zakat Selangor anjur program jejak kemiskinan di Bandar Kinrara Khamis ini

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 28 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menganjurkan program jejak kemiskinan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 30 November ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan program berlangsung di Dewan Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, mulai 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.

“Program ini bertujuan mencari penduduk serta peniaga yang berkelayakan untuk mendaftar dengan LZS.

Pada sesi sama, turut diadakan pendaftaran bersama KWSP bagi tujuan caruman persendirian dan pendaftaran Academy In Industri (AiI) sebagai platform untuk memperkasa kemahiran belia di daerah Petaling.

“Peluang pekerjaan bersama Ail diadakan pada dua tarikh berbeza iaitu 30 November dan 9 Disember bertempat di kabin Pangsapuri Sri Serdang,” katanya di Facebook.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MBSJ di talian 0380267425 / 4337 atau Jabatan Pembangunan Masyarakat 0172768505 / 0103561922 / 0133838344.


Pengarang :