Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan melawat reruai pameran selepas merasmikan Perisytiharaan Hutan Warisan Diraja Selangor di Hotel Double Tree Hilton, Shah Alam pada 28 November 2023 Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri). Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Rancang wujudkan laluan 120km dari Hulu Selangor ke Hulu Langat

SHAH ALAM, 28 NOV: Selangor merancang untuk mewujudkan laluan sepanjang 120 kilometer merentasi Central Forest Spine (CFS) dari Hulu Selangor ke Hulu Langat sebagai tarikan pelancongan.

Dato’ Menteri Besar menjelaskan pembinaan laluan yang disusun atur Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) juga sebahagian daripada pengisytiharan Hutan Warisan Diraja Selangor.

“Jika ia betul-betul dapat dibuat (laluan) akan menjadi salah satu tarikan pelancongan terutama mereka yang sangat rapat dengan pelancongan dan alam sekitar seperti mendaki serta merentas hutan.

“Pembinaan laluan) ini boleh dijadikan produk (pelancongan) pada masa depan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas majlis pengisytiharan Hutan Warisan Diraja Selangor di sini hari ini.

Pemasyhuran 26 hutan simpan kekal sebagai Hutan Warisan Diraja Selangor dengan keluasan 108,000 hektar disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.


Pengarang :