Peserta mengambil peluang berswafoto bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga Danial Al-Rashid Haron ketika Karnival Sukan OKU peringkat Selangor di Stadium JKR Seksyen 17, Shah Alam pada 28 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN Batu Tiga anjur program bina kepimpinan untuk belia

SHAH ALAM, 28 NOV: Program membabitkan golongan belia termasuk kepimpinan akan diberi tumpuan tahun depan khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga.

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga berkata fokus utama diberikan kepada golongan itu bertujuan membina kepimpinan dalam diri berikutan mereka bakal pelapis negara.

“Di peringkat awal saya cuba membina hubungan bersama penduduk bagi mendapatkan pandangan mereka. Hasil pertemuan saya melihat ada kepimpinan seperti kawasan rukun tetangga kini dipimpin anak muda.

“Oleh itu, saya akan adakan program kepimpinan untuk belia bagi memastikan mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan bersedia sepenuhnya,” kata Danial Al-Rashid Haron selepas merasmikan Karnival Sukan OKU peringkat Selangor 2023 di Stadium JKR di sini hari ini.


Peserta mengambil bahagian dalam senamrobik di Karnival Sukan OKU peringkat Negeri Selangor di Stadium JKR Seksyen 17 Shah Alam pada 28 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Tambah Danial, beliau juga akan mengadakan sesi taklimat (Townhall) bersama semua khususnya belia bagi mendapatkan pandangan apa yang mereka mahu selain memberi penerangan berhubung keadaan semasa.

“Pandangan semua pihak penting untuk pembangunan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga. Saya mahu semua menikmati kemudahan bersama bukan sebahagian kawasan sahaja,” jelasnya.


Pengarang :