Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memeriksa sebuah kenderaan diletak di bahu jalan dalam kawasan perumahan di Kajang pada 17 April 2023. Foto Facebook MPKj
PBTSELANGOR

MPK tawar potongan kompaun serendah RM15 sempena Krismas

SHAH ALAM, 30 NOV: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawar pengurangan kompaun serendah RM15 mulai esok sempena sambutan Krismas.

Yang Dipertua Noraini Roslan berkata kempen sehingga 31 Disember itu melibatkan denda pelbagai kesalahan trafik.

“Orang ramai disaran untuk menjelaskan tunggakan kompaun dengan kadar serendah RM15 sebelum tindakan lebih tegas diambil termasuk pendakwaan di mahkamah,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK hari ini.

Bagaimanapun Noraini menjelaskan tawaran itu tidak tertakluk kepada kesalahan meletak kereta di petak khas atau di petak orang kurang upaya.

“Kompaun ini juga tidak termasuk kepada kesalahan yang menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kenderaan,” katanya.


Pengarang :