Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir diiringi pelakon Zamarul Hisham menyantuni selebriti yang hadir dalam Program Selebriti bersama Mufti Selangor di Laman Glenmarie Fasa 2A, Seksyen U1, Shah Alam pada 30 November 2023. Turut sama Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Muhd Fikri Naim Harun (dua, kanan). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS sedia dana untuk selebriti aktif sebar luas syiar Islam

SHAH ALAM, 1 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan peruntukan kepada selebriti tempatan yang aktif menjalankan aktiviti menyebar luas dan menegakkan syiar Islam.

Ketua Divisyen Kutipannya Muhd Fikri Naim Harun berkata dana bawah kategori fisabilillah akan disalur sekiranya pemohon memenuhi syarat ditetapkan agensi berkenaan.

Meskipun begitu, jelasnya, keutamaan bantuan diberikan kepada asnaf fakir, miskin, mualaf dan amil sebelum diagihkan kepada kumpulan lain seperti al-riqab, asnaf al-gharimin dan ibnu al-sabil.

“Memang kita ada sediakan peruntukan ke arah itu. Apa yang mereka perlu lakukan adalah datang ke LZS untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan seterusnya membuat permohonan.

“Sekiranya segala syarat ditetapkan dipenuhi, insya-Allah kita akan salur bantuan tersebut,” katanya ditemui pada program dakwah Selebriti Bersama Mufti di sini semalam.

Hadir sama Mufti Selangor Dato’ Setia Dr Anhar Opir, yang turut menghimpunkan lebih 30 selebriti seperti Wan Maimunah, Zaiton Sameon, Anne Abdullah, Erma Fatima, Mila Jirin dan Syatilla Melvin.

 


Pengarang :