EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi (tengah) bersama ahli Sukarelawan Selangor (SERVE) ketika majlis penyerahan peralatan SERVE kepada pegawai belia dan sukan daerah di Kompleks Majlis Sukan Selangor pada 1 Disember 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dana RM300,000 sedia alat bersih pascabah, dikendali sukarelawan negeri

SHAH ALAM, 1 DIS: Kerajaan Negeri menyalur RM300,000 bagi menyediakan peralatan pembersihan pascabanjir di sembilan daerah sepanjang Monsun Timur Laut.

EXCO pengurusan bencana berkata peruntukan itu diserah kepada pegawai belia dan sukan daerah manakala operasi pembersihan dikendalikan pasukan Sukarelawan Selangor (SERVE).

EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi

“Kos RM300,000 merupakan peruntukan awal dan jika ada keperluan, negeri akan tambah (kos) mengikut keadaan banjir di kawasan yang terjejas.

“Antara kelengkapan yang disediakan ialah kereta sorong, ‘water jet’, getah paip (20 meter), penyodok, cangkul, ‘water sweeper’, berus penyapu, sarung tangan getah dan plastik sampah,” kata Najwan Halimi.

Beliau ditemui pada majlis penyerahan peralatan SERVE di Kompleks Generasi Muda dan Sukan Selangor di sini hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Sukarelawan Selangor (SERVE) membersihkan kawasan perumahan yang dipenuhi lumpur ketika meninjau kawasan terkesan banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat pada 29 Disember 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Najwan menambah 1,500 ahli SERVE sedia digerakkan bagi menjayakan kerja pembersihan di kawasan terjejas mengikut keperluan semasa.

“Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Selangor melantik semua pegawai belia dan sukan di daerah sebagai penyelaras pasukan SERVE.

“Belajar dari pengalaman bah tahun 2021 lalu, pasukan SERVE juga akan bekerjasama dengan Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (Satria) di bawah Kementerian Belia dan Sukan bagi memastikan bantuan diberikan dengan kadar segera,” katanya.


Pengarang :