Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan plak penghargaan kepada lapan wakil pelbagai negara di bawah program Selangor Fellowship International ketika Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023. Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dirasmi sultan, pesta buku Selangor buka tirai hari ini

SHAH ALAM, 1 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini hari.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Datin Paduka Mastura Muhamad.

Pada majlis itu, Baginda turut menyampaikan plak penghargaan kepada lapan wakil program Selangor International Fellowship daripada Malaysia, Australia, Turkiye, Filipina, Azerbaijan, Indonesia, Korea Selatan dan Nepal.

Sultan Selangor kemudian menyampaikan Anugerah Ilustrasi Yusof Gajah kepada penerima Lim Lay Koon bagi kategori 18 tahun dan Nur Fatiha Alina Helmy (kategori 13-17 tahun) sebelum melawat rerurai pesta buku.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023.Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

SIBF 2023 berlangsung mulai hari ini hingga 10 Disember di Pusat Konvensyen MBSA, dari 9 pagi hingga 9 malam.

Dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah, jualan buku dan diskaun menarik menanti pengunjung.

SIBF julung kali dianjurkan tahun lalu adalah kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat reruai ketika Majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023.Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat reruai ketika Majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023.Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat reruai ketika Majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023.Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :