Penduduk Salehah Mat Daud, 66, meninjau keadaan rumah yang digenangi air akibat cuaca hujan tidak menentu di Kampung Pandang Licin, Rantau Panjang pada 3 Disember 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,259 orang takat 3 petang

KOTA BHARU, 3 DIS: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 3,259 orang setakat 3 petang ini berbanding 2,632 orang pagi tadi.

Ini berikutan jumlah mangsa di Pasir Mas bertambah berikutan beberapa kampung di kawasan rendah dinaiki air hari ini.

Kesemua mangsa daripada 1,026 keluarga itu ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu di Pasir Mas, Bachok dan Tanah Merah.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, jumlah mangsa banjir di Pasir Mas semakin bertambah kepada 3,016 orang daripada 947 keluarga berada di 10 PPS berbanding 2,370 orang pagi tadi, lapor Berita Harian.

Mangsa banjir di Bachok adalah 221 orang daripada 70 keluarga berada di dua PPS dan 22 mangsa daripada sembilan keluarga berada di satu PPS di Tanah Merah, manakala satu PPS di Kota Bharu ditutup sepenuhnya tengah hari ini.


Pengarang :