Orang ramai mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 3 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pesta buku negeri gamit orang ramai, pengunjung rambang mata pelbagai genre tersedia

SHAH ALAM, 4 DIS: Kepelbagaian buku beraneka genre menggamit minat orang ramai mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 yang membuka tirainya Jumaat lalu.

Eksekutif syarikat Mohsin Ismail, 40, berkata banyak pilihan buku tersedia di pesta anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu selain diskaun menarik sehingga mendorongnya datang membeli.

“Kebetulan saya mahu cari buku ulang kaji untuk anak yang bakal menghadapi Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK). Di pesta buku ini ada banyak penerbit buku hingga membuatkan anak rambang mata.

Mohsin Ismail, 40, bercakap kepada Media Selangor ketika ditemui di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 3 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Hampir dua jam kami luang masa di sini dan anak jumpa buku yang dia mahu. Pesta buku sebegini sangat wajar diadakan setahun sekali,” katanya ditemui Selangorkini.

Sementara itu, Muhammad Afif Zikri Mohd Idros, 18, bersama rombongan sekolah hadir ke SIBF bagi merasai kemeriahan selain mencari buku rujukan sebagai persiapan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya pelajar tahfiz dan mahu ambil ‘Fast Track’ tidak lama lagi, jadi ada keperluan untuk beli buku. Pelbagai buku ada di sini, harga pula jauh lebih murah.

Muhammad Afif Zikri Mohd Idros, 18, bercakap kepada Media Selangor ketika ditemui di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 3 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Pesta buku seperti ini sememangnya usaha yang bagus bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan rakyat terutama anak muda,” kata penuntut Maahad Dakwah Wa Irsyad, Klang itu.

Najmin Raihanim Mahmud, 14, berkata kepelbagaian novel yang dijual di SIBF menarik minat pencinta karya sastera sepertinya.

“Sebenarnya saya gemar baca novel sejak awal tahun ini sebagai mengisi masa lapang. Apabila baca dan hayati penceritaan novel, saya berasa seperti berada dalam dunia sendiri.

Najmin Raihanim Mahmud, 14, bercakap kepada Media Selangor ketika ditemui di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 3 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Jadi saya datang ke pesta buku sebab tahu banyak novel yang dijual di sini terutama novel elemen percintaan,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahman Putra, Sungai Buloh itu lagi.

Berlangsung dari 1 hingga 10 Disember, SIBF 2023 susulan kesinambungan Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

Edisi kedua pesta bertaraf antarabangsa itu menawarkan pelbagai aktiviti termasuk cabutan bertuah selain jualan buku serta diskaun menarik kepada pengunjung.

Orang ramai mengambil kesempatan memilih buku sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 3 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 

Penulis buku Indonesia Asma Nadia pada sesi khas sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 2 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 

Orang ramai memilih buku sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 3 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :