AGENDANASIONAL

Kanak-kanak autisme hilang sejak semalam ditemui meninggal dunia

SHAH ALAM, 6 DIS: Kanak-kanak lelaki autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang semalam di Damansara Damai, ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan kediamannya.

Mayat Zayn Rayyan yang berusia enam tahun ditemui jam 10 malam tadi oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari mangsa, lapor Berita Harian.

Mangsa ditemui terbaring di sungai yang terletak pada jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Aparment Idaman, Damansara Damai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid yang berada di lokasi kejadian mengesahkan penemuan mayat mangsa.

“Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana kita baru menemui mayat mangsa dan kini dalam peringkat menyiasat lokasi sekitar kawasan mayat ditemui,” katanya turut serta dalam operasi mencari.

Kanak-kanak itu disedari hilang ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartment berkenaan kira-kira 12.30 tengah hari.


Pengarang :