Petugas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan sumbangan fidyah kepada 328 penerima di Kuala Selangor dan Kuala Langat pada 6 Disember 2023. Foto Facebook Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais agih dana fidyah lebih RM56,000 kepada 328 penerima

SHAH ALAM, 7 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagih peruntukan fidyah berjumlah RM56,416 kepada 328 penerima di dua daerah semalam.

Mais menerusi Facebook memaklumkan sumbangan berbentuk makanan asas diserahkan di 10 lokasi di Kuala Selangor dan Kuala Langat.

“Penerima yang layak menerima bantuan fidyah Mais berupa set makanan kering seperti beras, minyak masak, bihun, gula, tepung gandum, kicap, sardin dan susu pekat manis,” katanya.

Agihan melibatkan kerjasama rakan strategik antaranya Sekolah Rendah Agama (SRA) Batu 20 Jeram, Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Kuala Selangor dan SRA Sungai Buaya dan beberapa pihak lagi.

Orang ramai yang belum menunaikan kewajipan membayar fidyah dipelawa untuk berbuat demikian secara dalam talian menerusi pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php


Pengarang :