EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berucap ketika pelancaran kempen Sayangi Wanita’ bersempena kempen ’16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gende di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023, Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 7 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Negeri pergiat kempen kesedaran, cegah keganasan terhadap wanita

SHAH ALAM, 7 DİS: Kempen sayangi wanita dan kanak-kanak anjuran Kerajaan Negeri mendapat sambutan menggalakkan termasuk menerima kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

EXCO pembangunan wanita berkata pelbagai program dilaksanakan sempena kempen 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gender yang dianjur Kerajaan Negeri sejak 25 November antaranya persembahan teater dan forum.

“Hampir hampir keseluruhan agenda dirancang terlaksana seperti persembahan teater untuk kumpulan sasar iaitu penjawat awam dan agensi kerajaan selain adakan forum berkenaan isu wanita.

“Kita turut mengadakan lawatan ke rumah perlindungan Baitul Rahmah. Kemuncak program ini kan disambut pada Ahad ini Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mahu program ini berterusan pada masa depan,” kata Anfaal Saari.

Beliau ditemui selepas melancar Kempen Sayangi Wanita, antara aktiviti penting yang dirancang sepanjang 16 hari program berkenaan dijalankan.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari merasmikan pelancaran kempen Sayangi Wanita’ bersempena kempen ’16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gende di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023, Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 7 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Program yang dilancar sewaktu sidang Dewan Negeri Selangor mendapat sokongan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta wakil rakyat termasuk blok pembangkang.

Mereka turut mengangkat plakad “Jinggakan Selangor” dan “Bangkit! Melawan Keganasan Terhadap Wanita Dan Kanak-Kanak” sebagai simbolik menyokong kempen berkenaan.

Sambutan Hari Antarabangsa Hentikan Keganasan Terhadap Wanita disambut di negara ini dan masyarakat dunia pada 25 November setiap tahun.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari memberi bunga kepada peserta selepas pelancaran kempen Sayangi Wanita’ bersempena kempen ’16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gende di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023, Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 7 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Peserta menunjukkan playkad ketika pelancaran kempen Sayangi Wanita’ bersempena kempen ’16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gende di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023, Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 7 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :