Ribuan orang ramai mengunjung Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 2 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Berbaki dua hari, pesta buku Selangor yakin capai sasaran 300,000 pengunjung

SHAH ALAM, 9 DIS: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 kendalian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) mampu mencapai sasaran 300,000 pengunjung, berbaki dua hari lagi penganjurannya.

Pengarah SIBF Zafrullah Aris berkata sejak dianjur pada 1 Disember, acara selama 10 hari itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 200,000 pengunjung pelbagai peringkat umur setakat semalam.

“Alhamdulillah kita terima sambutan yang sangat baik. Pelbagai peringkat umur, bangsa malah dari negara jiran turut hadir ke pesta kali ini dan segmen Hati dan Minda Sasterawan antara yang dapat perhatian ramai.

“Kıta jangka berbaki dua hari penganjuran iaitu hari ini dan esok, sasaran dapat dicapai. Tambahan dua hari ini adalah hari cuti hujung minggu dan mungkin boleh melepasi jumlah sasaran pengunjung,” katanya kepada Selangorkini.

Orang ramai mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 yang berlansung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 2 Disember 2023.. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Zafrullah berkata acara tahun ini turut melibatkan penyertaan pelajar sekolah rendah dan menengah selepas pihaknya menjalin kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

“Penglibatan menerusi beberapa segmen ini memberi manfaat besar kepada mereka. Selain itu beberapa pempamer turut mengambil inisiatif sendiri bagi menarik kehadiran pengunjung ke rerurai mereka.

“Antara usaha dilakukan memanggil beberapa artis dan selebriti termasuk penyanyi rock tanah air Ella dan penulis novel. Ini membuatkan rerurai mereka diserbu peminat,” katanya.

SIBF julung kali dianjurkan tahun lalu susulan kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

Sejak dianjurkan pada 2006, pesta buku itu bermula di Kompleks PKNS dan kemudian bertukar ke Pusat Konvensyen MBSA yang merekod hampir 5 juta pengunjung.

Orang ramai mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 5 Disember 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
Suasana pengunjung yang hadir ketika Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 5 Disember 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

 

Pengurus SPM GAMES Kareno Zainal Abidin memberi penerangan kepada pengunjung mengenai pelbagai permainan pembelajaran dari Syarikat Permainan Malaysia (SPM) ketika Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Kakitangan Everbest Media Haziq Zubaidi Jauhari memberi penerangan kepada pengunjung permainan pembelajaran Matatalab ketika Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

 


Pengarang :