Kemudahan khemah yang disediakan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Banjir di Kelantan semakin pulih, hanya 62 mangsa berteduh di PPS

KOTA BHARU, 9 DIS: Keadaan banjir di jajahan Pasir Mas semakin pulih apabila hanya 62 mangsa daripada 22 keluarga berada di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9 malam ini.

Jumlah itu berkurangan berbanding 711 orang daripada 229 keluarga yang direkodkan pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To’ Deh di Rantau Panjang.

– BERNAMA


Pengarang :