Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Setia-Sultan Sharafuddin Shah (S.S.I.S) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim sempena Hari Keputeraan ke-78 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATPILIHAN MINGGUANRENCANA

Anugerah kebesaran Sultan Selangor hargai bakti rakyat jelata

Darjah kebesaran, bintang kebesaran dan pingat negeri dikurniakan kepada mereka yang berbakti dan memberi perkhidmatan cemerlang kepada Kerajaan Negeri bersesuaian dengan taraf kedudukan penerima.

Susunan darjah, bintang dan pingat ini dibahagikan mengikut kekananan dan famili seperti dalam jadual berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan. Garis panduan kelayakan disediakan setiap tahun untuk rujukan calon penerima.

Darjah kebesaran tertinggi Selangor terbahagi kepada Darjah Kerabat (D.K.) dan Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K. II). Ia dianugerah kepada kaum kerabat diraja negara ini dan pemimpin negara asing sebagai tanda persahabatan.

Semua penerima darjah, bintang dan pingat disyaratkan bebas jenayah, tiada kes salah laku rasuah dan tidak muflis. Tiga kriteria asas ini disemak sebelum surat tawaran bersyarat dikemukakan kepada calon.

Darjah kebesaran dibahagikan kepada dua famili utama dan mengandungi empat kelas. Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) dan Dato’ Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) dalam kelas pertama.

Darjah Kebesaran Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (A.K.S.) berada dalam kelas ketiga, sementara dua lagi penghargaan kepada ahli sukan dibahagi kepada Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor (B.K.S.) dan Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (P.K.S.)

Darjah Kebesaran

Kelas Pertama

Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.)
– bergelar Dato’ Seri (lelaki), Datin Paduka Seri (wanita) & isteri penerima (Datin Seri)
– dianugerah kepada yang layak dan rasa kemesraan paling tinggi kepada Baginda
– minimum Gred Utama Turus III dan berbakti cemerlang
– umur lebih 50 tahun

Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)
– bergelar Dato’ Setia (lelaki), Datin Paduka Setia (wanita) & isteri penerima (Datin Setia)
– kriteria lain seperti S.P.M.S.

Kelas kedua

Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)
– bergelar Dato’ (lelaki), Datin Paduka (wanita) & isteri penerima (Datin)
– kriteria lain seperti darjah kelas pertama S.P.M.S.
– minimum Gred 54
– umur lebih 45 tahun

Dato’ – Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)
– bergelar sama dengan D.P.M.S.
– kriteria lain seperti D.P.M.S.

Kelas ketiga

Setia Mahkota Selangor (S.M.S.)
– tidak berhak guna gelaran pada pangkal nama
– kelayakan seperti kelas pertama dan kedua
– minimum Gred 48
– umur lebih 40 tahun

Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S.)
– setaraf S.M.S.
– kriteria lain seperti S.M.S.

Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (A.K.S.)
– setaraf S.M.S.
– pegawai, ahli sukan cemerlang peringkat dunia
– minimum 10 tahun penglibatan

Kelas keempat

Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.)
– tidak berhak guna gelaran pada pangkal nama
– berkhidmat cemerlang
– minimum Gred 26
– umur lebih 35 tahun

Ahli – Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S.)
– kriteria seperti A.M.S.

Bintang Kebesaran

Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C.)
– berkhidmat tujuh tahun termasuk empat tahun bersama Kerajaan Selangor
– minimum Gred 22
– umur lebih 40 tahun

Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor (B.K.S.)
– pegawai, ahli sukan cemerlang peringkat serantau
– minimum 5 tahun penglibatan

Pingat Negeri Selangor

Pingat Keberanian Terbilang (P.K.T.)
– berani dan cemerlang
– anggota tentera, polis & orang awam

Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (P.K.S.)
– pegawai, ahli sukan cemerlang di dalam negara
– minimum 3 tahun penglibatan

Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)
– budi pekerti cemerlang
– penjawat awam kumpulan sokongan
– umur lebih 35 tahun

Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.)
– setaraf P.J.K.
– khidmat lebih tujuh dengan Kerajaan Selangor

Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
– berjasa kepada negeri, pekerti terpuji
– penjawat awam kumpulan sokongan
– umur lebih 35 tahun

Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S.)
– semua penjawat awam kumpulan sokongan
– khidmat lebih 20 tahun dengan Kerajaan Selangor


Pengarang :