Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Datuk Aiman Athirah Sabu merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer sambil disaksikan wakil rakyat DUN Taman Templer Anfaal Saari pada 10 Disember 2023. Foto Facebook Anfaal Saari
AGENSISELANGOR

DUN Taman Templer tawar khidmat sukarelawan, nasihat guaman percuma

SHAH ALAM, 11 DIS: Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer memperkenalkan dua inisiatif kepada penduduk setempat iaitu khidmat sukarelawan dan nasihat guaman percuma.

Wakil rakyatnya Anfaal Saari berkata perkhidmatan menerusi Sukarelawan K.I.T.A (Kesukarelawanan, Inovatif, Tindakan, Amanah) itu akan menjadi penghubung untuk membantu masyarakat di Taman Templer.

“Insya-Allah, pintu Pusat Khidmat Masyarakat akan sentiasa terbuka kepada rakyat Taman Templer sebagai penghubung untuk menyelesaikan masalah setempat.

“Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat, mengetahui lebih lanjut inisiatif kerajaan Selangor atau sebarang bantuan jangan malu-malu untuk hubungi pasukan pusat khidmat,” katanya yang juga EXCO Kerajaan Negeri di Facebook.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Datuk Aiman Athirah Sabu dan wakil rakyat DUN Taman Templer Anfaal Saari bergambar selepas merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer pada 10 Disember 2023. Foto Facebook Anfaal Saari

Majlis perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Datuk Aiman Athirah Sabu, semalam.

Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer yang terletak di Taman Selayang Segar, Batu Caves dibuka Isnin hingga Jumaat kecuali hari kelepasan am bermula 9 pagi hingga 5 petang.


Pengarang :