AGENSISELANGOR

Peniaga bermusim dipelawa mohon pembiayaan Hijrah sehingga RM20,000

SHAH ALAM, 12 DIS: Individu yang ingin berniaga pada musim perayaan dan buah-buahan boleh memohon pinjaman modal sehingga RM20,000 kepada usahawan menerusi Skim i-Bermusim.

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) memaklumkan skim berkenaan boleh dimohon menerusi mikrokredit.selangor.gov.my atau hubungi pegawai pembiayaan di 18 cawangan Hijrah.

“Hijrah Selangor menerusi pembiayaan Skim i-Bermusim menawarkan modal perniagaan sehingga RM20,000 bagi membantu usahawan kecil dan sederhana mendapatkan modal pusingan perniagaan dengan syarat kelayakan dan dokumen permohonan yang mudah,” katanya menerusi Facebook semalam.

Berikut antara syarat kelayakan pemohon:

  • warganegara Malaysia
  • penduduk atau pemastautin Selangor
  • mengundi di Selangor
  • berumur 18 hingga 65 tahun
  • perniagaan sudah beroperasi
  • mempunyai premis perniagaan yang khusus
  • salinan lesen/permit perniagaan yang sah

Selain i-Bermusim, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari dan i-Agro.


Pengarang :