Ketua Pengarah Majlis Sukan Negeri Datuk Ahmad Shapawi Ismail
AGENDASUKANKINI

Mantan ketua pengarah MSN dilantik ahli lembaga pengurus majlis sukan negeri

SHAH ALAM, 12 DIS: Mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Dato’ Ahmad Shapawi Ismail dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) yang baharu.

EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi berkata Ahmad Shapawi antara senarai lima muka baharu dalam barisan Ahli Lembaga Pengurus MSNS sesi 2023/2025 yang dipengerusikannya.

Mohd Najwan berkata Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang Abbas Salimmi Che Adzmi@Azmi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MSNS yang baharu.

“Selain itu, turut dilantik Presiden Majlis Belia Selangor Dato’ Mohd Imran Tamrin, Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin dan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) M Pravin.

“Tujuh Ahli Lembaga Pengurus MSNS sedia ada dikekalkan manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Setia Haris Kasim dan Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin kekal sebagai wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam barisan Ahli Lembaga Pengurus MSNS sesi 2023/2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Najwan berkata pelantikan barisan Ahli Lembaga Pengurus yang baharu itu selaras pelan penyusunan dan penstrukturan visi serta hala tuju terkini MSNS.

“Mereka terdiri daripada kalangan individu berpengalaman yang terlibat secara langsung dalam bidang pembangunan sukan dan belia.

“Diharap (Ahli Lembaga Pengurus) dapat memanfaatkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang masing-masing untuk menambah nilai serta membantu ikhtiar Kerajaan Negeri memartabat agenda pembangunan belia dan sukan di Selangor,” katanya.

Senarai penuh barisan Ahli Lembaga Pengurus MSNS bagi sesi 2023/2025:

Pengerusi:
Mohd Najwan Halimi (EXCO Belia dan Sukan)

Timbalan Pengerusi I:
Dato’ Setia Haris Kasim (Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor)

Timbalan Pengerusi II:
Abbas Salimmi Che Adzmi@Azmi (ADN Seri Serdang)
Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin (Pegawai Kewangan Negeri Selangor)
Dr. Jafri Abu (Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor)
Azura Sarbin (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor)
Dato’ Abd. Hamid Hussain (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang)
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam
Ong Chun Wei (ADN Balakong)
Dato’ Mohd Imran Tamrin (Presiden Majlis Belia Selangor)
Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin (Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM)
M Pravin(Ahli Majlis MBSJ)
S Ganesan (Presiden Persatuan Hoki Selangor)
Mohd Farid Mohd Yunus (Presiden Persatuan Skuasy Selangor)
Dato’ Ahmad Shapawi Ismail (Mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara)

Setiausaha:
Mohamad Nizam Marjugi (Pengarah Eksekutif MSNS)


Pengarang :