Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan meninjau sekitar pusat sokongan sokongan pesakit barah, Rumah KanWork di Damansara Utama, Petaling Jaya pada 13 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tengku Permaisuri rasmi pusat sokongan barah, buku pemakanan pesakit

PETALING JAYA, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan merasmikan pusat sokongan pesakit barah, Rumah KanWork di Damansara Utama, di sini hari ini.

Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut berkenan melancar buku Dari Dapur KanWork terbitan pusat terbabit, berkisar kepentingan aspek pemakanan sepanjang proses penyembuhan pesakit.

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menandatangani plat perasmian pusat sokongan pesakit barah, Rumah KanWork di Damansara Utama, Petaling Jaya pada 13 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Baginda diiringi Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Mohamad turut menyempurnakan penyerahan sumbangan beberapa pihak kepada KanWork.

Badan terlibat ialah Perbadanan Wakaf Selangor, Yayasan Waqaf Malaysia serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, dengan masing-masing menyumbang RM50,000.

Sementara itu, Pengerusi KanWork Dr Mazanah Muhamad berkata pusat berkenaan akan dimanfaat sebaik mungkin bagi menyokong semua pesakit serta dibuka luas untuk orang ramai.

“Selepas 18 tahun ditubuhkan, KanWork memiliki premis sendiri yang diwakafkan individu. Rumah ini dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya taman, tempat beriadah selain khidmat kaunseling,” katanya.


Pengarang :