EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi (tengah) menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Saujana Impian Suminah Kasolang (dua,kiri) sempena majlis perasmian Pusat Kecemerlangan Sukan Memanah Selangor di sekolah itu pada 18 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Negeri lantik 228 pemimpin belia, penggerak dasar peringkat akar umbi

SHAH ALAM, 16 DIS: Kerajaan Negeri bakal melantik 228 Penggerak Belia Selangor (PeBS) baharu bagi menggerakkan polisi dan program untuk belia tahun hadapan.

EXCO Belia Mohd Najwan Halimi berkata kesemua mereka berperanan sebagai penghubung membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat sekali gus mencorak masa depan Selangor yang lebih gemilang.

“Ini membuktikan kepercayaan pentadbiran negeri kepada belia untuk bersama-sama  menentukan hala tuju negeri ini. Tahun depan kita juga akan selaraskan program PeBS dengan dasar belia Selangor dan konsep Rakan Muda.

“Kita juga akan memperbanyakkan program-program literasi politik seperti pemahaman demokrasi dan kenegaraan dalam memupuk semangat nasionalisme dan patriotisme.

“Selain itu, kita juga mahu belia di negeri ini terlibat dengan program kemasyarakatan yang menjurus kepada semangat perpaduan dan muhibah,” katanya ditemui pada program sumbangan 220 kilogram baja organik oleh Hotel Concorde Shah Alam di Taman Botani Negara Shah Alam di sini, hari ini.

PeBS dijenamakan dan disusun semula pada 2021 daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang mula diperkenalkan sejak 2009.

Pemimpin belia setempat itu memainkan peranan kepada agenda pembangunan generasi muda di setiap Dewan Undangan Negeri.


Pengarang :