Tangkap layar video di Facebook Said Azlan memaparkan beberapa kenderaan terkandas di atas jalan di Persiaran Kayangan, Seksyen 9 hadapan Hotel Concorde Shah Alam susulan hujan lebat lewat petang pada 16 Disember 2023
AGENDANASIONAL

Persiaran Kayangan antara lima laluan di Shah Alam dinaiki air susulan hujan lebat

SHAH ALAM, 16 DIS: Beberapa laluan utama sekitar Shah Alam dinaiki air susulan hujan lebat lewat petang tadi, maklum Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, antara laluan yang terjejas termasuklah Persiaran Kayangan, Seksyen 9 (hadapan Hotel Concorde) dan Persiaran Sukan, Seksyen 13 (hadapan Franchise Ramli Burger).

Turut terjejas, Persimpangan Puspakom, Seksyen 16, Persiaran Masjid (Bersebelahan Kolam Takungan Seksyen 5) dan Jalan Kapar, Seksyen 27.

“Orang ramai diminta mengelak menggunakan laluan tersebut dan dinasihatkan untuk mencari laluan alternatif,” maklum MBSA di Facebook.

Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam, orang ramai boleh menghubungi Pasukan PANTAS di talian 03-5510 5811


Pengarang :