Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga di Pangsapuri Seri Kayan pada 15 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang dapatkan barang dapur murah di tiga lokasi pagi ini

SHAH ALAM, 18 DIS: Program jualan murah yang menawarkan pelbagai barangan asas diteruskan lagi di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Dikendalikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), program Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Surau Nurul Ikhlas (Seri Serdang) dan Dewan MPK Pandamaran Jaya (Pelabuhan Klang).

Jualan sama yang mendapat sambutan menggalakkan sejak dianjurkan tahun lepas turut dijadual berlangsung di Jalan 6C/3, Taman Persiaran Bangi (Sungai Ramal).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Sebelum ini, EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah itu di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat.

Baru-baru ini, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pasar raya Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :