Petugas kesihatan Klinik Selcare melakukan ujian calitan ke atas peserta program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Alamanda Seksyen 20, Shah Alam pada 28 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

KKM sahkan tiada varian baharu Covid-19 dikesan di Malaysia

SHAH ALAM, 18 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan varian baharu Covid-19, BA.2.86 belum dikesan di negara ini.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Hassan berkata meskipun tiada jangkitan direkodkan, KKM akan membuat pemantauan berterusan bagi mengekang penularan varian itu.

“Kementerian ambil maklum kebimbangan orang ramai mengenai kedatangan pelancong dari China.

“Yang ada hanya ‘circulating virus’ tiada varian baharu yang dikesan,” katanya pada sidang media khas berhubung Covid-19 di Kementerian Kesihatan, sebentar tadi.

Sehubungan itu orang ramai diminta berhati-hati memandangkan pada hujung tahun berlaku pergerakan keluar dan masuk sama ada di dalam atau luar negara.


Pengarang :