Datuk M Daud Kilau, 85, meninggal dunia di Hospital Teluk Intan 4.40 petang 18 Disember 2023. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Penyanyi legenda M Daud Kilau meninggal dunia

IPOH, 18 DIS: Bintang legenda, Datuk M Daud Kilau, 85, meninggal dunia di Hospital Teluk Intan kira-kira 4.40 petang hari ini.

Pemergian Raja Gelek Malaysia itu disahkan oleh cucu Allahyarham, Hasnor Ikram melalui laman sosial Instagram.

“Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar sahaja tadi. Al-Fatihah,” katanya ringkas menerusi ‘Insta Story’ melalui akaun peribadinya.

Penyanyi lagu malar segar “Che Mek Molek” itu sebelum ini berdepan masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang selain keadaan jantung yang tidak stabil serta kurang pendengaran.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balah Baroh, Bagan Datuk selepas solat Zuhur esok.

– BERNAMA


Pengarang :