Perkhidmatan pejabat bergerak Zakat On Wheels (ZOW) disediakan untuk memudahkan orang ramai berurusan di luar waktu pejabat. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pejabat bergerak LZS di tiga lokasi sepanjang Disember

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 19 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan perkhidmatan pejabat bergerak Zakat On Wheels (ZOW) di tiga lokasi sepanjang Disember ini.

Tiga lokasi tersebut adalah di Masjid Raja Haji Fisabilillah (Cyberjaya), Masjid Bandar Baru Sungai Buloh (Sungai Buloh) dan Masjid Tun Abdul Aziz Petaling Jaya (Masjid Bulat, Petaling Jaya).

“Kepada yang berdekatan terutama yang mempunyai kekangan berurusan zakat di kaunter cawangan, anda boleh hadir ke sini berurusan dengan kami.

“Pelbagai kemudahan disediakan antaranya taksiran zakat, pembayaran zakat, cetakan penyata zakat tahunan, permohonan bantuan dan semakan permohonan bantuan,” katanya di Facebook.

ZOW beroperasi dari jam 10 pagi hingga 4 petang. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi talian hotline 1-300-88-4343.


Pengarang :