Anggota bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran tayar monorel yang terbakar sebelum terjatuh di laluan Stesen Monorel Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 18 Disember 2023. Foto JBPM Kuala Lumpur
AGENDAJENAYAH

Tayar monorel terbakar, jatuh atas jalan raya di laluan stesen Titiwangsa

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Pengguna jalan raya di Jalan Tun Razak cemas apabila tayar monorel terbakar sebelum terjatuh di laluan Stesen Monorel Titiwangsa di sini, semalam.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nooridzwan Mohamad Noor berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian pada 12.57 tengah hari.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.


Tayar monorel yang terbakar sebelum terjatuh di laluan Stesen Monorel Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 18 Disember 2023. Foto JBPM Kuala Lumpur

“Setibanya di lokasi didapati terdapat tayar monorel terjatuh dan terbakar,” katanya melalui kenyataan, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, anggota bomba kemudian menjalankan kerja pemadaman di lokasi kejadian.

“Kebakaran dipadamkan menggunakan satu aliran daripada pam jentera. Kejadian tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.


Pengarang :