SHAH ALAM, 20 DIS: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke tiga lokasi hari ini.
Bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, jualan murah diadakan di Pusat Desa Kampung Parit Mahang (Ijok), Foodcourt Teratai (Teratai) dan , Lorong Serampang 1, Jalan Teluk Pulai (Selat Klang).
Jualan murah yang dijenamakan semula daripada Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Barangan dijual termasuk ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).
Lokasi terkini JER boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau rujuk pautan linktr.ee/myPKPS.