PBTSELANGOR

MPKL: Bayar cukai awal dapat kad Touch ‘n Go, jam dinding eksklusif

SHAH ALAM, 20 DIS: Seramai 2,000 pembayar cukai taksiran tahunan terawal Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berpeluang menerima kad Touch ‘n Go berserta tambah nilai RM10.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan antara kriteria kelayakan termasuklah membayar cukai taksiran RM200 ke atas untuk tempoh setahun bagi penggal satu dan dua 2024 serta tiada tunggakan lama.

“Tawaran kad Touch ‘n Go dengan rekaan eksklusif MPKL ini terhad kepada 2,000 pembayar cukai terawal dan selagi stok masih ada,” katanya di Facebook.

Menurut MPKL pihaknya kempen itu bayar awal cukai taksiran itu turut menawarkan cenderahati berupa jam dinding rekaan eksklusif berlogo MPKL kepada 3,000 pembayar cukai terawal bernilai RM100 hingga RM200.

“Cukai tahunan hendaklah dibayar untuk tempoh setahun bagi penggal satu dan dua 2024 serta tiada tunggakan lama.

“Tuntutan boleh dibuat di Ibu pejabat MPKL, Persiaran Majlis Jalan Sultan Alam Shah, Banting, Pejabat Penguatkuasa, Jalan Stadium Telok Datok dan pejabat cawangan Bandar Saujana Putra dengan membawa bukti bayaran.

“Jadi tunggu apa lagi warga Kuala Langat. Tunaikan tanggungjawab anda untuk membayar cukai taksiran,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai cukai taksiran sila hadir ke Bahagian Hasil, Jabatan Perbendaharaan MPKL atau hubungi talian 03-3853 0303 atau WhatsApp ke talian 019-471 6755 /019-472 6755.

 


Pengarang :